Selepas timbul pelbagai spekulasi rumah tangga antara pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abd. Karim akhirnya menemukan jalan penyelesaian.

Fizo hari ini 10 Julai 2019 melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan pada pukul 10.55 pagi tadi.
Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi hari ini.
