
PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang Malaysia kecewa dengan pengurangan surcaj elektrik yang menurutnya ‘minimum’.
Presiden Soh Thian Lai berkata pengurangan daripada 17 sen/kWh kepada 16 sen, bagi separuh kedua tahun ini, sudah dijangka, dengan harga arang batu stabil sepanjang tahun lalu.
Beliau berkata pekilang mahu kerajaan lebih telus tentang bagaimana ia mengira surcaj tersebut.
FMM menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi surcaj lebih rendah, sepertimana syarikat-syarikat dalam perkhidmatan air, yang akan dikurangkan daripada 3.7 sen/kWh kepada 2.7 sen/kWh.
“PKS-Mukro membentuk 98% daripada perniagaan, menggajikan 7.3 juta daripada tenaga kerja kita, dan menyumbang 37.4% daripada keluaran dalam negeri kasar.
“Persekitaran surcaj tinggi yang berterusan tidak akan dapat dipertahankan bagi PKS untuk terus berdaya saing dalam jangka masa panjang,”…