Presiden FMM, Soh Thian Lai berkata, tumpuan kerajaan harus diberikan kepada menyediakan persekitaran kondusif untuk perniagaan meningkatkan keuntungan dan aliran tunai mereka.

PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berkata, pihaknya tidak menyokong cadangan menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan sebagai langkah meningkatkan simpanan persaraan pekerja.
“Fokus kerajaan sepatutnya tertumpu pada memastikan kos dan taraf hidup terurus, serta memastikan trajektori pertumbuhan ekonomi positif yang akan menyediakan persekitaran kondusif untuk perniagaan, meningkatkan keuntungan dan aliran tunai mereka,” kata Presiden FMM, Soh Thian Lai dalam kenyataan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Ahad berkata, kerajaan akan membincangkan cadangan menambah caruman KWSP majikan sebagai maklum balas kepada tuntutan pelbagai…
