Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

FMT nafi siar laporan palsu Siti Nurhaliza disaman BNM

today6 April 2024

Background


Tangkap layar siaran artikel palsu menggunakan logo FMT yang tersebar di media sosial.

PETALING JAYA: Penerbit FMT menafikan menyiar artikel palsu mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi Siti Nurhaliza.

Pengarah Urusan FMT Media Sdn Bhd Azeem Abu Bakar baru-baru ini berkata, pihaknya mendapat maklum bahawa artikel palsu seolah-olah laporan FMT itu telah tersebar di media sosial.

Katanya, artikel palsu “Siti Nurhaliza is being sued by the Bank of Malaysia for comments she made on live broadcast” itu adalah suatu percubaan untuk memperdaya pembaca agar melabur di platform “Trade 100 Neupro”.

Artikel palsu seperti yang dilihat di Instagram dan platform media sosial lain itu memautkan pembaca kepada sebuah laman sesawang, live.newsmyrweekly2.com. Artikel berkenaan juga menggunakan kredit Bernama dan gambar-gambar daripada Astro Ulagam.

Azeem berkata, artikel itu secara palsu membawa jenama FMT.

“Kami ingin menekankan kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post