

Perbincangan mengenai keselamatan kanak-kanak dalam talian perlu beralih daripada persoalan sama ada golongan itu boleh mengakses media sosial kepada sama ada platform itu patut dibenarkan mengakses kanak-kanak.
Timbalan Pengarah Urusan (Pembangunan) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar Sastrawidjaja, berkata akaun media sosial bukan sahaja membolehkan kanak-kanak menggunakan platform dalam talian, malah mewujudkan identiti digital mereka.
Katanya, keadaan ini menjadikan menjadikan kanak-kanak boleh dihubungi secara dalam talian, serta membolehkan platform media sosial mengumpul maklumat mengenai keutamaan, minat dan tingkah laku mereka.
“Persoalan yang kita hadapi sekarang bukanlah sama ada kanak-kanak boleh…