
PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun diingatkan supaya lebih fokus kepada isu penting kanak-kanak dan wanita, tidak hanya bertindak selepas sesuatu perkara menjadi tular.
Menyentuh video terbaru menteri itu yang dianggap merendah-rendahkan wanita, Naib Ketua Wanita Umno Norliza Abdul Rahim, berkata Rina yang juga ketua wanita Bersatu perlu lebih fokus kepada polemik yang lebih mendalam.
Menurutnya, masih timbul persoalan berhubung tindakan sudah diambil Rina contohnya dalam isu Bella, remaja orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down didakwa didera di rumah perlindungan.
“Isu kanak-kanak dan wanita yang banyak hari ini terutamanya gangguan seksual dan keganasan rumah tangga perlu menjadi fokus utama sepatutnya,” katanya dalam…