
Seorang bekas ketua menteri Sabah menggesa pemimpin politik mengelakkan penggunaan istilah “berpisah” ketika membincangkan isu Sabah dan Sarawak.
Salleh Said Keruak memberitahu FMT, perkataan itu mencetuskan emosi mendalam dan mudah disalah tafsir.
Ketua menteri dari 1994 hingga 1996 itu berkata, perbincangan mengenai hak dan autonomi Sabah serta Sarawak perlu memfokuskan usaha memperkukuh negara.
“Dalam sejarah kita, istilah (berpisah) hanya digunakan sekali dalam situasi sangat ekstrem, ketika Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965.
“Ketika itu, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menyifatkannya ‘perpisahan menyakitkan’ kerana ia hasil yang sukar selepas kemelut politik serius.
“Itu sebabnya kita perlu berhati-hati dengan bahasa kita. Kata-kata keras boleh menimbulkan ketegangan tidak perlu….