Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Fokus perpaduan, bukan bahasa pecah belahkan, kata bekas KM Sabah

today31 January 2026

Background


Salleh Said Keruak
Bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak berkata dialog, rundingan dan saling menghormati penting dalam mengekalkan perpaduan di Malaysia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Seorang bekas ketua menteri Sabah menggesa pemimpin politik mengelakkan penggunaan istilah “berpisah” ketika membincangkan isu Sabah dan Sarawak.

Salleh Said Keruak memberitahu FMT, perkataan itu mencetuskan emosi mendalam dan mudah disalah tafsir.

Ketua menteri dari 1994 hingga 1996 itu berkata, perbincangan mengenai hak dan autonomi Sabah serta Sarawak perlu memfokuskan usaha memperkukuh negara.

“Dalam sejarah kita, istilah (berpisah) hanya digunakan sekali dalam situasi sangat ekstrem, ketika Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965.

“Ketika itu, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menyifatkannya ‘perpisahan menyakitkan’ kerana ia hasil yang sukar selepas kemelut politik serius.

“Itu sebabnya kita perlu berhati-hati dengan bahasa kita. Kata-kata keras boleh menimbulkan ketegangan tidak perlu….

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Vidakovic kecewa KL City sekadar seri

Kuala Lumpur: Pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Risto Vidakovic mengakui keputusan seri 1-1 menentang PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi agak mengecewakan.

today31 January 2026