Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Follow’ akaun lucah di X, DBP lancar siasatan

today29 March 2024

Background


Jurucakap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata agensi itu sedang melakukan siasatan terperinci. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjalankan siasatan selepas akaunnya di platform X didapati mengikuti halaman yang berkongsi kandungan lucah.

Ketika dihubungi FMT, jurucakap DBP berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

Beliau berkata, akaun DBP di platform itu juga sudah nyahikut halaman yang dipersoalkan tersebut.

Isu itu timbul pagi ini susulan pengguna X, @BN4everTN50, berkata DBP mengikuti akaun yang berkongsi hantaran lucah di platform tersebut.

Warganet kemudian turut menyindir tindakan agensi kerajaan itu selepas isu itu dibangkit, dengan ada menggesa DBP memberi pencerahan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nicholas Chung


Previous post