
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan akan mewujudkan zon kewangan khas di Forest City dalam usaha merancakkan pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di Johor, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, ini bermakna kos untuk menjalankan perniagaan di zon kewangan khas itu adalah lebih berpatutan yang dibantu beberapa insentif yang disediakan kerajaan.
Menurutnya kos pengurusan lain seperti pelancongan, pendidikan dan kesihatan di zon itu juga tidak terlalu tinggi.
Anwar berkata lokasi Johor yang strategik iaitu bersebelahan Singapura serta mempunyai infrastruktur asas yang lengkap, boleh menarik lebih ramai pelabur terutamanya berikutan kos di Singapura yang dianggap tinggi pada masa ini.
“Ini sesuai dengan kerangka Ekonomi MADANI, dan sinergi yang…