Hot FM

Formula pemberian khas Sabah, Sarawak dimuktamad bulan depan, kata Fadillah



Fadillah Yusof berkata, keputusan berhubung jumlah kenaikan pemberian khas itu akan dibuat dalam mesyuarat pertama Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Kuching.

PETALING JAYA: Formula jumlah kenaikan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berasaskan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pertama Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan Anwar Ibrahim di Kuching itu, turut melibatkan Premier Sarawak, Abang Johari Openg serta Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

“Mesyuarat pertama dijadualkan pada Februari 2023 yang juga akan menjadi lawatan rasmi pertama perdana menteri ke-10 ke Sarawak,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama.

Beliau berkata, Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikannya akan meneruskan perbincangan dengan semua agensi dan memuktamadkan perkara yang belum…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version