Kumpulan popular Indonesia, Fourtwnty secara rasmi mengumumkan bakal berehat dari sebarang acara atau konsert.
Perkara itu diumumkan Fourtwnty menerusi laman sosial media rasmi mereka.
“Sampai jumpa, semoga dipertemukan kembali secepatnya,” kongsinya.
Manakala, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, kumpulan yang terkenal dengan lagu Zona Nyaman nya itu juga memaklumkan, ahli kumpulan mereka berada dalam keadaan sihat.
Bagaimanapun, sepakat untuk mengambil keputusan berehat buat sementara waktu.
“Kami secara rasmi memutuskan untuk berehat dalam segala acara panggung.
“Kami keluarga internal Fourtwnty dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja. Terima kasih selalu mengapresiasi karya-karya kami,” katanya.
