Penyanyi, Tom akur atas permintaan suaminya, Fuad Rahman yang tidak membenarkan dirinya untuk menyanyi di kelab malam lagi dan sebaliknya harus memberi tumpuan kepada rumah tangga mereka.
Tom menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya berkongsi perkara demikian yang turut meluahkan rasa sayu kerana tidak dapat menuntut permintaan rakan-rakannya untuk menyanyi di kelab malam.
“Saya dapat banyak call dan WhatsApp dari kawan-kawan yang nak minta saya menyanyi di kelab malam untuk contract dan replacement di kelab-kelab, hotel dan busking.
“Saya tak dapat nak join or replace dah sekarang ni.. Sebenarnya saya dah disuruh berhenti. Saya dah berkahwin, suami suruh saya berhenti menyanyi di kelab malam.
“Dah sampai masanya untuk saya berhenti. 17 tahun menyanyi di kelab malam. Banyak kenangan manis yang tak akan dilupakan.
“So far setakat ini saya tak akan menyanyi di kelab malam tapi untuk akan datang kita pun tak tahu masa depan.
“Kalau agak-agak tak ada show baru saya akan menyanyi di kelab malam semula itu pun suami suruh ikut dia nyanyi Rock Band di Singapura.
“Suami cakap dah sampai masanya saya berhenti menyanyi di kelab malam dan fokus rumah tangga. Saya minta maaf kepada semua. Sekarang tak boleh buat keputusan sendiri, semua merujuk dari suami yang saya hormati,” katanya.
Dalam pada itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram mengucapkan terima kasih atas peluang menyanyi di kelab malam selama 17 tahun itu.
“Apapun, terima kasih bagi saya peluang untuk menyanyi di kelab malam luar dan dalam negara pusing satu Malaysia.
“Saya tak akan lupa perjalanan ini. Saya hidup dengan hasil duit menyanyi di kelab malam dan duit itu untuk besarkan anak-anak,” tulisnya.
Sebelum ini, Tom mendedahkan dia keguguran pada usia kandungan tiga minggu akibat terlalu aktif.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Impian Fuad Rahman Timang Cahaya Mata Tak Kesampaian, Tom Keguguran Di Usia Kandungan 3 Minggu