Site icon Hot FM

Gabung logo Umno, DAP; Pemuda repot polis


Pemuda Umno Selangor berkata papan tanda menggabungkan logo roket DAP dengan lambang Umno adalah kesalahan pilihan raya. (Gambar X)

PETALING JAYA: Pemuda Umno Selangor membuat laporan polis berhubung papan tanda yang menggabungkan logo Umno dan DAP, dikatakan dibawa penyokong Perikatan Nasional ketika hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Pemuda Umno Selangor, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan, berkata ia bertujuan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Pemuda Umno Selangor mendesak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengambil tindakan atas kesalahan pilihan raya ini,” katanya di Facebook.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, turut mengkritik papan tanda yang dilihat pada Sabtu itu, mengatakan PN patut berkempen menerusi idea dan hujah bukan menghina pihak lawan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version