
PETALING JAYA: Selepas Gerakan, pemimpin Bersatu dan PAS sedia membuka pintu kerjasama dengan MCA menerusi Perikatan Nasional (PN) bagi berdepan DAP pada pilihan raya akan datang.
Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berkata Gerakan dan MCA mungkin sesuai untuk mengalas cabaran di kerusi bukan Melayu terutama majoriti pengundi Cina yang ketika ini dikuasai DAP.
“Kalau betul MCA berhasrat keluar BN kita sangat sokong kalau dia kerjasama dengan Gerakan,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpandangan MCA dan Gerakan mungkin boleh mempertimbangkan untuk bergabung bagi menambah kekuatan melawan DAP.
“Selain elak bertindih kerusi, mereka juga mungkin boleh berkongsi ideologi untuk memperkukuh sokongan orang bukan Melayu,” katanya.
Semalam, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata parti itu tidak akan teragak-agak bergerak solo pada PRU16 jika Umno berdegil untuk…