Menerusi video yang dimuat naik oleh @cahaayuu1 di laman TikToknya, kelihatan dua orang gadis sedang menaiki motor untuk pergi ke pasar.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila mereka dilihat gelabah kerana terpaksa lalu bersebelahan dengan sekumpulan askar yang sedang berlatih.
Mereka juga berkata itu merupakan satu-satunya jalan untuk pergi ke pasar. Oleh sebab itu, mereka terpaksa hadap untuk lalu di jalan tersebut.