Menerusi video yang dikongsi oleh @aruzilajaafar, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis pertunangan.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila seorang gadis yang dipercayai bakal bertunang itu terlalu berdebar-debar sehingga tidak perasan dia lalu di sebelah bakal ibu mentuanya.
Lebih menghiburkan gadis tersebut boleh pula tersalah bersalam wanita lain. Apabila diberitahu barulah dia sedari kesalahannya itu.
