Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi momen lucu tentang rakannya itu terpaksa meminta tolong seorang pak cik untuk merakamnya.
Pada mulanya kelihatan gadis itu berkongsi detik semasa dia divaksin. Tetapi, sebaik saja habis suntikan vaksin itu, dia menjadi bingung kerana tidak tahu ingin meminta tolong siapa untuk mengambil videonya di booth gambar.
Tidak lama kemudian, dia meminta tolong seorang pak cik tak dikenali untuk merakam dirinya. Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dia berkongsi belakang tabir apa yang terjadi semasa mahu merakam video berkenaan bersama pak cik itu.
Dia juga sempat memberi arahan kepada pak cik tersebut tentang bagaimana cara untuk mengambil video yang dimahukan. Selesai rakaman dia mengucapkan terima kasih kepada pak cik itu.