Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta sambil meluahkan perasaannya tentang apa yang terjadi.
Dia menceritakan yang dia terserempak dengan rakan ofis semasa sedang membeli barang di luar. Namun, dia berasa malu kerana dia hanya memakai pakaian t-shirt biasa dan memakai tudung sarung saja ketika itu.
Malah, dia siap mengelak dari memandang rakannya itu dan melakukan seolah-olah dia tidak mengenalinya.
Apa yang lebih melucukan adalah semasa hendak membuat bayaran dia sekali lagi terserempak dengan rakannya yang berada di kaunter sebelah. Dia kemudian terus beredar dari tempat tersebut dengan pantas selepas membayarnya.