Farahin berkata, dia sudah bekerja di syarikat keusahawanan itu hampir dua tahun dan minat bersolek, melukis dan mewarna sejak kecil lagi.
Sebelum ini, dia sangat meminati bidang lukisan dan pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai, Johor.
Anak kedua dari tiga beradik kelahiran Johor Bahru ini berkata, dia dan abang berstatus OKU manakala ibu bapa serta adiknya normal seperti individu lain.
Menurutnya, dia bertugas sebagai pereka lukisan bagi mangkuk tingkat itu dan kemudiannya dilukis oleh pelukis tempatan menggunakan tangan.
“Saya berterima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru dan pensyarah yang banyak mendorong sepanjang terlibat dengan kerjaya diceburi hari ini,” katanya.
Selain memenangi banyak pertandingan lukisan yang diadakan dalam negara, Farahin juga pernah menjadi naib juara dalam pertandingan Abilympics di Perancis pada 2023 .
Farahin menggunakan warna terang berkonsepkan elemen klasik dan tradisional seperti motif…