Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Gadis Pilih Buat Review Tandas Di Malaysia Raih Tumpuan Ramai

today8 November 2024

Background


Menerusi perkongsian video di TikTok @marissawong96, dia memilih ‘tandas’ di negara ini untuk dijadikan bahan ulasan.

Menurut laporan daripada Bernama, ianya bermula selepas pengalaman buruk menggunakan tandas awam.

Ia menjadi ‘titik permulaan’ kepada pelawak komediri (stand-up comedian) dan pempengaruh ini untuk mengangkat isu kebersihan tandas awam di platform media sosial dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh ini.

Meskipun topik pilihannya disifatkan sebagai kotor mahupun jijik, wanita berusia 28 tahun ini akhirnya dilihat berjaya menarik perhatian umum menerusi gayanya yang santai dan menghiburkan dengan #berakbersamamarissawong, sejak dua tahun lepas.

“Idea ini timbul selepas saya perhatikan, hampir semua pempengaruh membuat ulasan mengenai makanan, jadi sebagai kelainan, saya fikir, apa salahnya jika saya buat ulasan mengenai kebersihan tandas. Topik ini memang tidak glamor tetapi sangat penting dalam kehidupan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post