Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gaduh: 10 didenda RM800, 8 minta bicara

today29 November 2024

Background


Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman denda ke atas 10 individu yang mengaku bersalah, berhubung insiden pergaduhan di Bayan Lepas. (Gambar Facebook)

BALIK PULAU: Sepuluh daripada 18 individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di hadapan Queen Waterfront Q1 Bayan Lepas, yang tular di media sosial baru-baru ini, masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Chia Huey Ting menjatuhi hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah manakala lapan lagi minta dibicarakan.

Mahkamah turut memerintahkan Khairul Ezham Khairul Eddy, 20, Muhammad Syafril Haikal Mohd Fazli, 20, Muhammad Aliff Aliman Mazlan, 21, Mohammad Alif Ikhram Mohd Hashim, 23, Ahmad Afiifuddin Selamat, 25, Muhammad Asrul Nazrul Haizam, 22, Mohd Syafik Abdullah, 20, Nornikman Noor Din, 33, Nor Azira Zaidi, 40 dan Ahmad Ameeruddin Selamat, 22, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Mereka didakwa bergaduh dan melakukan kesalahan merusuh di hadapan Queen Waterfront Q1, Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post