Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gaduh kerana hutang, lelaki parah ditikam

today11 October 2023

Background


Polis menemui mangsa berlumuran darah dalam keretanya selepas menerima maklumat kejadian pada 3 petang tadi.

PETALING JAYA: Seorang lelaki parah ditikam dalam pergaduhan, dipercayai berpunca daripada masalah hutang di sebuah pasar di Lebuh Cecil, George Town, Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Timur Laut, Soffian Santong, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 3 petang sebelum ke lokasi dan mendapati seorang lelaki 26 tahun berlumuran darah dalam keretanya.

“Pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mengalami kecederaan luka tikaman di bahagian kaki dan perut, dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dan mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan siasatan awal mendapati punca pergaduhan tersebut disebabkan masalah hutang. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, seorang lelaki 51 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu ditahan di kawasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post