Site icon Hot FM

Gaduh main bola sepak, polis tahan 3 lelaki


Tular video pergaduhan pada perlawanan bola sepak di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Jumaat lalu.

KUALA TERENGGANU: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan perlawanan bola sepak antara kelab NAG FC dengan KESA FC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan berkata tiga suspek ditahan termasuk pegawai dan pemain pasukan bola sepak yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Tiga suspek berkenaan ditahan semalam untuk membantu siasatan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan seorang individu cedera teruk.

“Beberapa tangkapan lain akan menyusul selepas ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya pada sidang media Program Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Jumaat lalu tular di laman sosial video berdurasi dua minit 42 saat yang memaparkan insiden pergaduhan dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version