
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendenda seorang warga emas RM1,500 selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta Oktober lalu.
Bernama melaporkan Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Heng Cye, 68, dan memerintahkannya dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda.
Ng didakwa memukul Leong Chee Liang, 42, sehingga cedera di mata kanan, leher, lutut kanan dan tangan kanan di tepi Jalan Perisa 1, Brickfields pada 7.34 pagi 25 Okt lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pergaduhan berlaku apabila mangsa mengambil dua kotak parkir menyebabkan tertuduh keluar dari kereta dan meminta Leong mengalihkan kenderaannya.
Tetapi, Leong marah dan berlaku perbalahan kecil yang berakhir dengan Ng memukul…