
PETALING JAYA: Bakal pengantin berusia 50 tahun terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya apabila gagal membayar denda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Muar kerana memecah tabung surau, dekat Bukit Mor, Parit Jawa, Muar, minggu lalu.
Tertuduh, Nordin Ahmad Maat, yang sepatutnya menamatkan zaman bujang bulan depan dijatuhi hukuman penjara 14 hari, dan enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
Nordin yang bekerja kebun membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid, lapor Berita Harian.
Dia didakwa menceroboh surau dengan niat untuk melakukan jenayah dengan kejadian itu berlaku pada 11.31 malam, 9 Nov.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, tertuduh…