
PETALING AYA: Perbicaraan dua rakyat Malaysia berdepan pertuduhan keganasan, yang dijadualkan bermula pada 28 Feb di Teluk Guantanamo, Cuba, ditangguhkan ‘sehingga kerajaan Amerika Syarikat menemui penterjemah bahasa Melayu berkelayakan”, menurut peguam seorang daripada tertuduh.
Brian Bouffard, peguam bagi Nazir Lep, berkata hakim telah mengarahkan perbicaraan ditangguhkan sehingga penterjemah berkelayakan diperoleh anak guamnya dan tertuduh lain, memandangkan penterjemah disediakan kerajaan tidak berkelayakan.
“Perbicaraan kami dibatalkan dengan alasan kerajaan tidak dapat mencari penterjemah Melayu yang berkelayakan.
“Hakim telah membatalkan semua perbicaraan sehingga kerajaan menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada FMT dalam respons e-mel.
Semasa perbicaraan mereka pada 30 dan 31 Ogos…