
Pelumba negara, Hakim Danish Ramli terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan kutipan mata pada Grand Prix (GP) Britain selepas terjatuh ketika perlumbaan Moto3 di Litar Silverstone pada Ahad lalu.
Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan perlumbaan dari petak kesembilan sebelum turun ke kedudukan ke-12 pada pusingan pertama.
Bagaimanapun, Hakim Danish berjaya meningkatkan rentaknya dan bangkit untuk memintas beberapa pelumba sebelum naik ke kedudukan…
