
TANGGA BATU: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi perdana menteri kerana gagal menguruskan krisis ekonomi ketika menjadi menteri kewangan.
Katanya, Anwar tidak mampu menangani krisis kewangan yang menjejaskan rantau ini pada 1997 hingga 1998 sehingga memaksa Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad terpaksa mencari penyelesaian sendiri.
Justeru, beliau meminta pengundi tidak terpengaruh dengan langkah Pakatan Harapan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri gabungan itu.
“Dulu masa PH perintah hampir dua tahun, dia (Anwar) buat apa? Janji manifesto pun dia tak buat,”katanya selepas program santai petang bersama penduduk Tangga Batu.
Mengulas kenyataan Nga Kor Ming memberi…