Hot FM

Gagal rayuan edar 1.3kg ganja, mahkamah Singapura kekalkan hukuman mati rakyat Malaysia



Mahkamah Rayuan Singapura mengekalkan hukuman mati terhadap warga Malaysia, M Kamalnathan Muniandy dan seorang rakyat tempatan S Chandroo, manakala seorang lagi lelaki Malaysia Pravinash Chandran akan menjalani hukuman penjara seumur hidup. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan tiga lelaki termasuk dua rakyat Malaysia atas sabitan dan hukuman berkaitan tuduhan mengedar ganja seberat 1.3kg.

Berikutan keputusan itu, warga Malaysia Kamalnathan Muniandy, 27, dan warga Singapura Chandroo Subramaniam, 52, dihukum mati kerana bersubahat mengedarkan dadah terkawal Kelas A tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi rakyat Malaysia, Pravinash Chandran, 26, akan menjalani hukuman penjara seumur hidup dan 15 sebatan kerana kesalahan memiliki dadah bagi tujuan pengedaran, menurut laporan Berita Mediacorp.

Pravinash didapati memainkan peranan sebagai penghantar dadah semata-mata, dan pihak pendakwa mengesahkan bahawa dia banyak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version