
PETALING JAYA: Lima warga Indonesia diberkas dalam cubaan seludup syabu bernilai lebih RM700,000 ke negara ini melalui perairan Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Dalam operasi Op Khas Penyeludupan Dadah, Pasukan Polis Marin merampas 22 bungkusan teh Cina mengandungi plastik lut sinar berisi ketulan mampat kristal jernih disyaki syabu seberat 22.772kg.
Komander Wilayah Satu, Rusley Chi Ari, berkata semua suspek ditahan berhampiran Pantai Teluk Bayu, dekat Sungai Batu, ketika cuba melarikan diri.
“Bertindak atas maklumat daripada Unit Risikan Marin (URM), bot ronda kami mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Teluk Kumbar. Suspek bertindak membuang barang kes sebelum melarikan diri ke daratan di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu.
“Bagaimanapun, hasil kecekapan pasukan operasi, kesemua…