MTUC berkata perintah gaji minimum RM1,500 memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.

KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji minimum RM1,500 kepada pekerja di semua sektor termasuk majikan yang mempunyai kurang lima pekerja, bermakna tiada lagi diskriminasi terhadap pekerja di sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merungut kerana gaji rendah.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarul Baharin Mansor berkata lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan kualiti hidup yang baik kepada pekerja.
Beliau berkata bermula hari ini pekerja di semua sektor akan menikmati gaji minimum RM1,500 tanpa mengira jumlah pekerja.
“MTUC mengharapkan pembayaran gaji RM1,500 akan meredakan ketidakpuasan hati pekerja kerana terbeban disebabkan kenaikan kos barangan. Lebihan RM300 sekurang-kurangnya dapat memastikan pendapatan…