Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gaji naik imbang kos hidup, bukan punca kenaikan harga, kata pakar

today15 August 2024

Background


Sebelum ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan gaji penjawat awam dinaikkan antara 15% hingga 42.7% menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

PETALING JAYA: Kenaikan gaji penjawat awam menjelang hujung tahun boleh membantu mengimbangi kos sara hidup dan bukan punca peningkatan harga barangan secara langsung, kata pakar ekonomi.

Zarinah Yusof berkata, kenaikan harga barangan secara umumnya berlaku apabila terdapat kekurangan bekalan, permintaan tinggi, kos bahan mentah meningkat dan kejatuhan mata wang.

“Kenaikan ini (gaji) dapat membantu mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Zarinah Yusof.
Zarinah Yusof.

“Ia juga akan menjadikan pendapatan yang lebih munasabah untuk berdepan cabaran kos hidup yang semakin tinggi hari ini,” kata bekas pensyarah ekonomi dan pendidikan Universiti Malaya kepada FMT.

Pada 7 Ogos lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan gaji penjawat awam dinaikkan antara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post