
GUA MUSANG: Timbalan Perdana Menteri Zahid Ibrahim berharap tiada kenaikan harga barang selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam.
Menurutnya, kenaikan gaji itu untuk meringankan beban penjawat awam menangani kos sara hidup.
“Penjawat awam 12 tahun sudah tidak ada kenaikan… langkah yang diumumkan oleh perdana menteri sangat melegakan mereka,” kata Zahid pada sidang media di Pos Pulat sempena PRK Nenggiri.
“Saya mengharapkan agar kenaikan gaji ini tidak akan ada kenaikan harga barang dan kita mengharapkan kadar inflasi pada tahap 3.5 dapat dikekang oleh agensi penguatkuasaan.”
Hari ini, Anwar Ibrahim mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji antara 7% hingga 15% melalui pelarasan SSPA yang dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Dis depan.
Kenaikan membabitkan kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional sebanyak 15% manakala pengurusan tertinggi 7%.
Kali terakhir gaji penjawat…