
PETALING JAYA: Pembayaran gaji tertunggak bagi semua pekerja sambilan (piecemeal) Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan dijelaskan bulan ini.
Bahagian Perhubungan Awam RTM dalam kenyataan berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kewangan dalam peringkat akhir memuktamadkan kelulusan khas kadar bayaran itu.
“RTM sebelum ini telah membuat permohonan kepada MOF berikutan pembatalan semua kelulusan terdahulu oleh MOF dalam surat bertarikh 24 Jun 2024 yang melibatkan kadar perolehan perkhidmatan bukan penjawat awam.
“Melalui kelulusan MOF, punca kuasa membayar perolehan perkhidmatan piecemeal alan lebih teratur dan tidak menyalahi tatacara perolehan Kerajaan,” katanya.
Terdahulu, sebuah portal memetik sumber melaporkan pekerja sambilan RTM belum dibayar gaji sejak Jun.
Sumber mendakwa, terdapat lebih 700 pekerja sambilan seumpama itu di seluruh negara yang…