Bagaimanapun, group Facebook yang sebelum ini dikecam ramai itu kini didapati sudah tak boleh diakses lagi.
Mekyun juga meluahkan rasa bangga kepada semua yang menolongnya kerana berjaya melenyapkan group Facebook lebih 12 ribu pengikut itu dalam masa tak sampai satu hari.
“You all did something powerful with me. Thank you from the bottom of my heart.
“Masih banyak lagi group macam ni di luar sana, tapi ini bukti yang bila kita bersatu, kita boleh bawa perubahan.
“Mekyun dah buat semampu yang boleh sekarang harapan Mekyun, tindakan tegas dapat diambil dan keadilan ditegakkan.
“Untuk mangsa. Untuk anak-anak kita. Untuk masa depan yang lebih selamat,” ujarnya.
