Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gambar suspek kes tembak KLIA diedar kepada negara jiran

today14 April 2024

Background


Polis menunjukkan poster suspek kes tembakan di KLIA. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis mengedarkan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi ke semua pintu masuk negara di Utara Semenanjung, dan pihak berkuasa negara jiran.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata arahan itu dikeluarkan sebaik sahaja pihaknya berjaya mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian tersebut yang menyebabkan seorang pengawal peribadi cedera parah.

Polis memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengelakkan suspek meloloskan diri ke negara jiran. Suspek dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan lelaki itu sedang giat dijalankan.

“Saya percaya dengan kecekapan anggota saya,” katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata siasatan awal mendapati suspek menggunakan pistol separa automatik berkaliber sembilan milimeter semasa kejadian. Polis mengesyaki suspek memperoleh pistol berkenaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Cleylton ‘kereta kebal’ baharu Kedah

Alor Setar : Penantian penyokong untuk mengetahui siapa pemain import pertahanan terbaru Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim ini berakhir apabila Jose Cleylton de Morais dos Santos diumum bersama Sang Kenari untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

today14 April 2024