Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gandingan Mantap Beto & Nelydia, Bunga Aku Tunggu Tampil Kisah Cinta Obsesif Bertukar Tragedi

today17 May 2023

Background

Keterujaan peminat terhadap drama terbaharu arahan Along Kamaludin, Bunga Aku Tunggu yang bakal menemui peminat pada Rabu ini semakin hangat diperkatakan, apatah lagi ramai yang tidak sabar untuk melihat lakonan mantap pelakon hebat, Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose.

Drama 13 episod bergenre saspens psikologi ini akan bersiaran di slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran Televisyen.

Bunga Aku Tunggu mengisahkan tentang Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja dan terkenal dengan sikap baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya, namun segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose).Β 

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan terpaksa dilepaskan dek kerana akur dengan kehendak kedua orang tuanya, namun Bunga sering menhadapi dugaan apabila kerap dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara.Β 

Bagaimanapun, satu insiden di pejabat telah menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya sehinggalah Kamal mula menyukai Bunga dan seterusnya menjadi obsesi.

Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan diaΒ  sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga.

Jadi, mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka? Jangan lupa saksikan Bunga aku Tunggu bermula 17 Mei ini pada pukul 10 malam.

Selain Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose, drama ini juga turut dibintangi pelakon hebat tanah air seperti, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.

Written by: Salma


Previous post