Kolaborasi strategik ini akan melihat gabungan kepakaran dan idea antara dua pasukan editorial dalam mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan kemanusiaan dan komuniti dalam negara, di samping menghasilkan perkongsian berita yang lebih menarik, berdaya saing dan berinformasi.
Paparan berita sulung ‘Selamat Tahun Baru Cina Dalam Sedih’ di siaran Buletin TV9 pada 1 Februari 2022 yang lalu merupakan titik permulaan kolaborasi antara Buletin TV9 dan Harian Metro.
Seterusnya, bermula bulan Mac yang lalu duo ini telah melaporkan segmen Metro Prihatin pada setiap minggu yang menfokuskan kepada bantuan yang dihulurkan oleh pihak Harian Metro kepada masyarakat yang memerlukan menerusi tabung bantuan Metro Prihatin.