Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gangguan air tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat

today23 July 2024

Background


Pengagihan air melibatkan LRA Rantau Panjang mula dilaksanakan bermula 6 petang tadi manakala tiga SSP dijangka pada 8 pagi esok, menurut exco.

SHAH ALAM: Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Izham Hashim.

Izham berkata bekalan air kepada pengguna di sebahagian kawasan yang terjejas dijangka pulih seawal 8 pagi esok susulan semua loji rawatan air (LRA) terlibat beroperasi sepenuhnya.

Beliau berkata LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) kembali beroperasi sepenuhnya bermula 3 petang tadi.

“Pengagihan air melibatkan LRA Rantau Panjang mula dilaksanakan bermula 6 petang tadi manakala tiga SSP lagi dijangka pada 8 pagi esok.

“Kawasan kediaman yang mempunyai tekanan air rendah mengambil sedikit masa, namun sebahagian besar pengguna akan mendapat bekalan air dalam tempoh 24 jam,” katanya pada sidang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post