
GEORGE TOWN: Sebanyak 341,708 akaun pengguna di lima daerah di Pulau Pinang akan terkesan dengan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) dari 25 hingga 28 April, yang terbesar pada tahun ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata gangguan itu susulan pelaksanaan 23 projek pemasangan paip dan kerja penting lain oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang melibatkan kos keseluruhan RM25 juta.
“Impak pelaksanaan 23 projek itu bakal dirasai 465,000 akaun pengguna air di negeri ini seperti lebih banyak bekalan air, tekanan lebih baik dan stabil setiap masa serta tempoh pemulihan lebih pantas sekiranya berlaku gangguan air,” katanya pada sidang media.
Chow berkata pelaksanaan kerja fizikal projek berkenaan oleh 800 petugas dijangka mengambil masa selama 18 jam.
Beliau berkata SWSI April 2025 itu melibatkan operasi henti tugas separa untuk Loji…