Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gangguan laman web: Bank Rakyat jamin data, simpanan pelanggan selamat

today7 November 2026

Background


Bank Rakyat mohon maaf atas kesulitan dialami pelanggan susulan gangguan akses laman web korporatya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Bank Rakyat memberi jaminan data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas susulan gangguan akses laman web korporatnya.

Bank itu dalam kenyataan, berkata gangguan berkenaan hanya menjejaskan laman web korporatnya dan berpunca daripada masalah teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

“Sistem serta operasi perbankan Bank Rakyat terus beroperasi seperti biasa,” katanya.

Sementara usaha pemulihan dilaksanakan, pelanggan boleh meneruskan urusan perbankan melalui laman web iRakyat di irakyat.com.my, aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.

Bank Rakyat turut memohon maaf atas kesulitan dialami pelanggan dan memaklumkan perkembangan lanjut mengenai gangguan itu akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Wei Chong-Kai Wun tumbang di separuh akhir

Kuala Lumpur: Hasrat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk menamatkan 'badi' ke atas pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae tidak kesampaian apabila tewas straight set pada aksi separuh akhir Terbuka Korea, sebentar tadi.

today7 November 2026