Pembaikan struktur jejambat dan tiang berhampiran stesen LRT Bandaraya akan dimulakan pada awal Mac, kata menteri pengangkutan.

KUALA LUMPUR: Gangguan pada laluan LRT Ampang antara stesen Bandaraya dan Masjid Jamek dijangka berlarutan sehingga September, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Pada sidang media di Parlimen, Loke berkata, pembaikan kerosakan struktur jejambat dan tiang berhampiran stesen LRT Bandaraya akan dimulakan pada awal Mac dan dijangka mengambil masa sehingga tujuh bulan.
“Tempoh ini merangkumi dua bulan kerja-kerja pembaikan sementara untuk mengukuhkan struktur, dan lima bulan kerja-kerja pembaikan menyeluruh.
“Kerja-kerja ini akan mengambil masa kerana siasatan menunjukkan kerosakan struktur adalah risiko keselamatan yang sangat serius,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL