
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengendali loji sebuah syarikat makanan dan minuman terkemuka gagal membuktikan dia dipecat secara tidak adil susulan aduan gangguan seksual terhadapnya, walaupun pengadu tidak menghadiri prosiding perbicaraan untuk memberi keterangan.
Pengerusi Mahkamah Perusahaan Syed Noh Said Nazir berkata keterangan diambil daripada pengadu, yang juga seorang pelajar latihan amali, ketika siasatan dalaman dilakukan syarikat itu adalah memadai dan boleh dipercayai.
Syed Noh berkata, keterangan yang terkandung dalam aduannya, kenyataan siasatan, dan testimoni mangsa ketika siasatan dalaman mengatasi kenyataan diberikan Farid Jaapar sebagai pihak yang membuat tuntutan.
Katanya, Nestle Manufacturing Sdn Bhd berusaha beberapa kali untuk memastikan kehadiran…