Site icon Hot FM

Ganja di poket suami, pil kuda disorok dalam coli isteri


Pasangan itu direman tujuh hari hingga 1 Feb ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan di Pasir Mas, Kelantan minggu lalu kerana disyaki memiliki dadah bernilai RM25,110.

Ketua Polis Kelantan, Muhammad Zaki Harun berkata, ketika kejadian, suspek 26 dan 27 tahun itu keluar dari kereta Perodua Kelisa sebelum anggota menahan mereka pada 6.30 petang Khamis lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bungkusan plastik hijau atas tanah dekat pasangan itu menemui 2,000 biji pil kuda, manakala baki 280 pil kuda disorok dalam coli suspek wanita ketika anggota memeriksa badannya.

Beliau berkata, 3.9g ganja pula ditemui dalam poket seluar suspek lelaki dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif methamphetamine.

“Pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk dibawa ke IPD Pasir Mas bagi tindakan lanjut,” katanya menurut Berita Harian selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kelantan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version