GEORGE TOWN: Seorang penderma enggan dikenali menawarkan ganjaran RM10,000 untuk maklumat yang membawa kepada penahanan dan pendakwaan individu bertanggungjawab ke atas siri keracunan anjing di Tanjung Bungah.
Sejak beberapa minggu lalu, lebih 20 anjing, termasuk seekor husky peliharaan, disyaki diracun khasnya di sekitar Lembah Permai, Tanjung Bungah.
Dalam sebuah majlis dihadiri lebih 100 penduduk dan pemilik haiwan peliharaan hari ini, sukarelawan yang memberi makanan kepada anjing, Linda Yong menggesa individu mempunyai petunjuk berkaitan menghubungi pertubuhan Bantuan Antarabangsa Perlindungan dan Kebajikan Haiwan (IAPWA) Pulau Pinang atau Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
“Haiwan ini seperti keluarga bagi saya. Setiap anjing mempunyai keperibadian unik dan ia membawa kegembiraan kepada individu mengenali dan menjaganya,” kata Yong yang…