
KUALA LUMPUR: Ganjaran USD5,000 (RM23,690) akan diberikan kepada mana-mana sherpa atau individu yang memberikan maklumat mengenai lokasi Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di Gunung Everest pada Mei tahun lepas.
Presiden Persatuan Malim Gunung Perhutanan (PMGP) Mohd Yussainy Md Yusop dalam kenyataan memaklumkan ganjaran oleh Pioner Adventure Pvt.Ltd itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
Katanya, ketua Misi Everest 2023 Azim Afif kini berada di Everest untuk menyelaraskan operasi di lapangan.
“Expedition Operator Association telah dimaklumkan mengenai ganjaran berjumlah USD5,000 tersebut sekiranya sherpa atau mana-mana individu yang berada di Everest dapat memberikan maklumat lokasi Hawari terus kepada Pengarah Eksekutif Pioneer Adventure Pvt. Ltd, Nivesh Karki,”…