
PETALING JAYA: Sebuah NGO menggesa masalah peralatan usang digunakan dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) didakwa berlaku di institusi pengajian ditangani segera.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), Rizan Hassan, mencadangkan masalah itu diatasi dengan memanfaatkan faedah geran padanan kerajaan dan sumbangan peralatan daripada industri.
Katanya, penggunaan peralatan lama mungkin menyebabkan pelatih tidak memenuhi pasaran kerja yang kini pesat dengan penggunaan teknologi moden.
“Geran padanan menawarkan peluang berharga kepada institusi (TVET) untuk memperoleh peralatan terkini sambil berkongsi beban kewangan dengan kerajaan.
“Sumbangan peralatan daripada rakan kongsi industri juga membolehkan institusi sentiasa kekal di hadapan landskap yang berkembang pesat, serta meningkatkan kualiti program latihan dari semasa…