
PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sepatutnya memberi keutamaan dan memfokuskan penggantian paip lama di seluruh negara terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menaikkan tarif air.
Speakar Gerakan, V Prabagaran, berkata pada 2022 kadar air tidak terhasil (NRW) adalah 37.2% dengan jumlah kerugian dianggarkan RM2 bilion iaitu kira-kira 7,084 juta liter sehari.
“Punca utama kenaikan NRW yang tinggi adalah disebabkan oleh kebocoran paip.
“Gerakan berharap SPAN memberi keutamaan dan fokus kepada menaik taraf dan menyelenggara paip secara komprehensif di seluruh negara terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menaikkan tarif air,” katanya dalam kenyataan.

Prabagaran berkata, menurut data sepanjang 39,895km daripada 135,975km atau 29.3% paip lama jenis simen asbestos di Semenanjung dan Labuan melepasi…