

Penganalisis melihat tindakan Bersatu menggantung keahlian Naib Presidennya, Ronald Kiandee sebagai amaran keras kepada kumpulan pro-Hamzah Zainudin supaya tidak terus mencetuskan pergolakan dalam parti.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, ia strategi serampang dua mata bagi mengekalkan disiplin organisasi dan melumpuhkan pengaruh kem Hamzah secara sistematik.
“Ia dilihat sebagai usaha ingin mengehadkan pengaruh kumpulan pro-Hamzah. Boleh dikatakan sebagai amaran,” katanya kepada FMT.
Bersatu menggantung keahlian Kiandee dan Ketua Wanitanya, Mas Ermieyati Samsudin selama dua penggal pemilihan serta melucutkan semua jawatan dipegang mereka, berkuat kuasa kelmarin.
Susulan itu, Presiden Bersatu,…